Sunday 2 December 2012

Aidil Adha 2012 dan Aktiviti Santai!


Raya Haji 2012 hari tu hanya aku dan anak-anak je yang balik KB sebab dear hubby kerja. So agak la syahdu ku dan anak-anakku tanpa suami di pagi raya, berlinangan air mata ini. Ehem ehem, ok ok. Kembali ke alam real. Anyway, we had so much time, tau-tau je kalau raya haji atau lebih famous dengan nama 'raya korban' kat Kelantan memang happening. Memang puas la makan pelbagai jenis masakan berkonsepkan daging iaitu daging goreng dan daging singgang. Serious, tersangat sedap dan terasa badan makin mengembang disebabkan pengambilan daging berlebihan.

Eh sebelum tu mesti pelik kenapa tetiba aku buat entry dalam BM pulak, sedangkan sebelum ini English Language gitu? Sebabnya adalah pertama, kalau buat dalam BI bahasa aku terus jadi agak formal dan skema. Entah nape aku pun tak tau. Sebab kedua, sebab aku ingin memartabatkan Bahasa Melayu. Cewah, gitu? Ok, ok dah dah le tu. Jom tengok gambar aku, Harith, Hannah, Kak Ely ngan Intan berposing di pagi raya Korban. Kami memang suka berposing atau kata nenek kat kampung aku tu, "camwhoring". Eh? 
















Selain daripada pose kita orang yang bergembira di Aidil Adha, ada jugak gambar daging korban. Menariknya, kata orang-orang tua (aku tak tau la tahap ketuaan mereka), daging korban ni ada nadi tau. Maksudnya kalau tengok dekatttttt dekat daging tu, you could almost see the pulse. And daging tu akan bergerak-gerak. Huhu. Aku tengok juga, tapi tak de pun. Nasib baik, sebab aku tak leh imagine kalau daging tu bergerak-gerak masa aku tengah kunyah. Ampun!!






So selain daripada bersuka ria di hari raya Korban, maka Abah yang ku sayangi telah membelanja, yeah, get it, "belanja" bercuti 2D 1N di Tok Aman Bali Resort yang terletak di Tok Bali, Pasir Puteh Kelantan. Wah, Abah aku memang awesome, selalu belanja anak-anak. Love u Abah. Yang join percutian ni adalah aku dan anak-anak, Mak, Abah, Kak Ely dan Abang Dan, Intan, Chomat dan Nizam. Percutian santai kami di Tok Aman Bali Resort sangatlah best sebab resort tu sangat best! Bersih, bilik yang spacious, ada bath tub, ada balcony dengan view mengadap tasik dan within walking distance je untuk ke pantai. Memang recommended to those yang nak bercuti bersama keluarga mahu pun berbulan madu suami isteri. Swimming pool dia pun luas dan best juga. Ermm, dah banyak kali aku mention best ni, eh tak payah bilang ye. Okay la tak nak la aku merepek meraban jom tengok gambar-gambar. Ada ratusan gambar yang kita orang ambik masa kat sana tapi melampau sangat lah ye kalau nak upload semua. So tengok lah seadanya yo. Enjoy!! 























Lepas kepenatan mandi-manda dengan riang ria maka malam itu kami dinner di restoran ikan bakar kat Kuala Besut. Boleh la rasa dia, takde la sedap sangat. Anyway syukur Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. 






Lepas makan-makan dan perut kekenyangan kami pun bercanda di tepian pantai di waktu malam hari. Kalau perasan, gambar Harith tiada di dalam gambar ini, kerana? Harith amat tak suka pantai dan bunyi ombak (I dont know how it started 'cos he has never been afraid of laut and pantai before). So Harith hanya lepak bersama Tok Ayah di tepian kereta.




Kesimpulannya (cewah ayat), Raya Haji aku dan anak-anak tahun ni memang best, tapi harus la lagi best kalau suami ada bersama (ayat cover). Hehe. Alhamdulillah. Semoga Allah bagi peluang untuk sentiasa balik kampung dan bercuti bersama keluarga. Ameen.



No comments:

Post a Comment